- Kesantunan menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan. Secara amnya konsep kesantunan sangat luas.
Aspek - aspek kesantunan :-
- Kesantunan mencerminkan nilai kesopanan yang halus.
Orang yang santun tergambar nilai sopan santun semasa berkomunikasi dengan ahli masyarakat.
- Kesantunan sangat kontekstual.
Nilai kesantunan berlaku pada tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain. Cth : penggunaan kata ganti "aku" dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan bagi masyarakat Melayu.
- Kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak.
Misalnya antara anak dan orang tua, antara tuan rumah dan tamu, antara lelaki dan wanita dan sebagainya. Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan - rakan sebaya kerana ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa kasar.
- Kesantunan tercermin dalam setiap aspek kehidupan.
Misalnya cara berpakaian, cara bekerja, cara bertutur dan cara berpolitik.
2.2 Takrifan Kesantunan oleh Tokoh - Tokoh Dunia
Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari - hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
Kesantunan terbahagi kepada dua iaitu :
- Kesantunan asas
- Kesantunan berkala
KESANTUNAN ASAS
Kesantunan yang sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
KESANTUNAN BERKALA
Kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain bergantung kepada keadaan, situasi dan tempat tertentu.
2.3 PENJAGAAN MUKA SEBAGAI ASAS KESANTUNAN
Maruah dan harga diri seseorang perlu dijaga dengan berpegang kuat pada konsep malu (penjagaan air muka). Konsep malu dalam masyarakat Melayu adalah bertujuan untuk menjaga maruah dan air muka.
2.4 KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA
Komunikasi Silang Budaya.
Konsep kesantunan tidak tertumpu kepada sesuatu bangsa sahaja. Apabila proses komunikasi melibatjan pelbagai budaya maka berlakulah komunikasi silang budaya. Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai.
Kesantunan Merentas Budaya Dalam Pendidikan
Kerjaya sebagai seorang guru tanpa mengira kaum akan mendidik murid - murid yang mempunyai pelbagai kaum. Guru mestilah mengamalkan nilai - nilai kesantunan yang baik dari segi :-
- kesantunan berpakaian :- Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang pelajar terutamanya dari segi jantina yang berbeza.
- kesantunan tingkah laku :- Gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Contohnya berurusan dengan ibu bapa yang datang ke sekolah.
- kesantunan berkomunikasi :- Guru perlu mengambil kira norma - norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.
No comments:
Post a Comment