Alhamdulillah berkat keizinan
daripada Illahi saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan
jayanya. Tugasan Kesantunan Masyarakat Malaysia ini merupakan satu cabaran baru kepada
saya. Di kesempatan ini,
saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Kesantunan Masyarakat Malaysia,
Encik Zulkafly Mohd Noor atas tunjuk ajar beliau yang banyak membantu saya
dalam proses menghasilkan tugasan yang diberi. Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan dan pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak
langsung dalam membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Terima kasih yang
tidak terhingga saya ucapkan.
Sudah menjadi kebiasaan dan lumrah
apabila kita ingin melakukan sesuatu usaha, maka akan datang masalah-masalah
yang muncul sepanjang usaha dijalankan. Sepanjang tugasan dihasilkan saya juga
tidak terkecuali daripada menghadapi beberapa masalah dan saya telah mendapat
jalan penyelesaiannya.
Antaranya ialah pada mulanya saya sedikit keliru dan juga kurang jelas dengan kursus ini. Hal ini menyebabkan saya semakin banyak membaca untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan Kesantunan Masyarakat Malaysia ini. Alhamdulillah, melalui pembacaan tersebut, saya mula memahami konsep kesantunan ini yang lebih memfokuskan kepada bahasa dan juga masyarakat di Malaysia.
Selain daripada itu, saya juga
menghadapi masalah untuk menilai ketepatan maklumat yang saya perolehi dari internet tentang isu kesantunan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, saya meminta pertolongan daripada rakan-rakan saya dan kami membuat rujukan bersama-sama dengan teliti dan berkongsi pendapat tentang ketepatan maklumat yang kami perolehi.
Setelah mendapat tunjuk ajar dan
bimbingan yang betul dan dipercayai, saya memulakan proses penulisan. Sepanjang
proses penulisan dijalankan, saya menghadapi masalah tugasan yang
bertimpa-timpa dari matapelajaran lain. Walaubagaimanapun, saya tetap
meneruskan proses tersebut setakat yang saya mampu dan saya membahagikan masa
untuk membuat tugasan yang diberi oleh pensyarah-pensyarah.
Pelbagai perkara yang saya lalui
dalam proses menyiapkan tugasan ini baik perkara yang positif mahupun negatif.
Walaupun begitu, saya menganggap semua yang berlaku sebagai satu pengajaran
untuk saya. Sebagai contoh, setiap kekangan yang saya lalui adalah untuk
membantu saya dalam bertindak sekiranya saya menghadapi masalah yang sama pada
masa hadapan. Segala cabaran yang saya lalui juga adalah untuk mengajar saya
agar tabah dalam menghadapinya di samping mengajar saya agar berbincang dan
meminta petunjuk orang yang lebih berpengalaman. Segala kemahiran yang saya
perolehi ini diharapkan dapat membantu diri saya apabila telah melangkah kealam
perguruan kelak.
Ini kerana dugaan dan cabaran yang
bakal ditempuhi di alam perguruan kelak adalah lebih mencabar. Selain daripada
itu, pengalaman tugasan ini juga merupakan satu pendedahan kepada saya mengenai
cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Justeru, saya berharap
pengalaman-pengalaman ini dapat membantu saya kelak di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment