Pengertian budi sangat luas bergantung kepada konteks pemikiran dalam sesuatu masyarakat. Perkataan budi berasal daripada kata Sanskrit iaitu Buddhi yang bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia.
Pengertian ini merujuk kepada tingkah laku manusia yang baik, mulia dan memberikan kebaikan kepada orang lain.
Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), budi ialah akal dan kebijaksanaan atau perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya yang baik. Pengertian ini merangkumi soal hati yang suci bagi memandu akal untuk membuat pertimbangan yang baik. Budi lahir daripada fikiran yang baik akan menzahirkan perbuatan atau daya upaya yang terpuji.
Menurut islam pula, budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan seseorang yang berakhlak dan beriman. Dalam islam, akhlak mulia sangat dipentingkan dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Berakhlak mulia dipupuksedjak seseorang itu masih kecil sehinggalah dewasa.
Bagi masyarakat melayu, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain. Budi merupakan satu sifat atau perbuatan yang merujuk kepada perbuatan yang menyenangkan hati orang lain. Maka, secara khususnya budi merupakan satu elemen wajib bagi setiap individu untuk menjadi insan yang sempurna pada mata masyarakat.
Kesimpulannya, budi merupakan tingkah laku individu yang baik, sopan santun, berakhlak terpuji dan berwatak mulia serta mempunyai akal fikiran yang baik dan bijaksana. Budi yang baik melambangkan sikap manusia yang terpuji dengan perbuatan yang berakhlak serta memberikan kebaikan kepada individu yang lain. Tiada akhlak, tiadalah budi.
PENGERTIAN BAHASA
Kamus Dewan ( 2002 ), menjelaskan maksud bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan percakapan yan baik, tingkah laku yang baik, dan sopan santun. Setiap bangsa mempunyai sistem lambang bunyi suara yang tersendiri dan berbeza dengan bangsa - bangsa lain. Sistem lambang bunyi ini diterima, dipersetujui, diguna pakai dan menjadi medium komunikas masyarakat tersebut.
Ferdinand de Saussure ( 1960 ), seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke 20 menyatakan bahasa merupakan satu sistem isyarat yang abstrak yang mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat. Pertuturan merupakan hasil perlakuan bahasa untuk melahirkan perasaan.
Menurut Noam Chomsky ( 1957 ), bahasa mengandungi satu set ayat yang tidak terhingga dan tidak terbatas yang terbentuk daripada unsur bahasa yang dikenali sebagai fonem . Setiap ayat diwakili oleh beberapa fonem yang digabungkan secara berurutan. Pelahiran perasaan dan fikiran melalui ayat - ayat yang mengandungi makna yang dapat difahami oleh masyarakat tersebut.
Menurut Lutfi Abas ( 1985 ), mendefinisikan bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistik. Bahasa ialah suatu sistem simbol - simbol yang terdiri daripada bunyi - bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia dan dengan simbol - simbolnya pula sekelompok manusia itu berkomunikasi.
Berdasarkan definisi dan pengertian bahasa yang telah diberikan oleh tokoh - tokoh bahasa di atas dapatlah disimpulkan bahawa bahasa mengandungi ciri - ciri berikut :-
- BERSISTEM DAN SISTEMATIK
- VOKAL
- SIMBOL BUNYI
- ALAT KOMUNIKASI
- DINAMIS
PENGERTIAN BUDI BAHASA
Perkataan budi dan bahasa apabila digabungkan akan menjadi kata majmuk budi bahasa. Secara literalnya budi bermaksud kebaikan yang dilakukan oleh seseorang individu dan bahasa bermaksud sistem lambang bunyi suara yang digunakan dalam perhubungan. Berbudi bahasa juga membawa erti berbudi melalui bahasa atau bahasa sebagai budi.
CIRI - CIRI BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA
MELAYU
- berpakaian menutup aurat
- memberi salam apabila bertemu
- berjabat tangan apabila bertemu dan beroisah
CINA
- makan menggunakan penyepit
- ibu bapa menghantar wakil meminang
- tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat ketika makan.
- duduk ketika makan dan menggunakan tangan
- bersabar dan tidak permarah
- tidak bising ketika sembahnyang.
BAHAN KULIAH
No comments:
Post a Comment