Wednesday, September 24, 2014

BAB 4 : Peraturan Berbahasa

4.1     Jenis-Jenis Peraturan Bahasa
       
          Menurut Asmah Haji Omar (2002:8), santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturan-peraturan yang tertentu. Contohnya, apabila seseorang penutur mematuhi peraturan tersebut, bermaksud seseorang itu mengamalkan santun bahasa.

Peraturan tersebut terdiri daripada 3 : Peraturan Linguistik
                                                             Peraturan Sosiolinguistik
                                                             Peraturan Pragmatik

i.     Peraturan Linguistik

- Peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa.
- Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan bahasa sesuatu bahasa
  Sebutan
  Intonasi
  Tatabahasa
- Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi. Bagi urusan tidak rasmi, kadang-kadang pengaruh dialek bahasa akan digunakan oleh penutur.
- Peraturan tatabahasa yang betul mesti dipatuhi terutama dalam majlis rasmi. Contohnya penggunaan tanda baca seperti ? , . dalam Komunikasi Bertulis
                                                  Komunikasi Lisan


TANDA BACA

- Intonasi percakapan rendah apabila bercakap dengan ibu bapa/orang yang lebih tua. Intonasi percakapan tinggi tidak dianggap biadap jika berinteraksi dengan sahabat handai yang rapat.   
- Sebutan perkataan hendaklah jelas, tepat dan halus supaya dapat menyampaikan mesej dengan baik serta santun.
- Sebab peraturan linguistik mesti dipatuhi
  Untuk menjaga kesempurnaan perjalanan urusan/majlis 
   Untuk memastikan bahawa semua yang hadir/terlibat dengan urusan/majlis rasmi itu dapat mengurangkan jurang komunikasi disebabkan kelainan dialek/keragaman bahasa yang digunakan oleh sesuatu pihak.

ii.     Peraturan Sosiolinguistik
- Penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara 
  Pembicara - Pendengar ( dalam konteks komunikasi lisan )
  Penulis - Pembaca ( dalam konteks komunikasi tulisan )
- Peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seseorang yang lain. Contohnya, penggunaan kata sapaan yang betul sama ada kata ganti diri atau kata panggilan hormat yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat.
- Dalam urusan/majlis rasmi, perlu dipatuhi penggunaan kata sapaan rasmi yang betul kerana ianya amat penting diberi perhatian sebagai salah satu adab atau unsur kesantunan bahasa.
  Penggunaan gelaran - Tun, Tan Sri, Dato', Dato' Seri dan lain-lain
  Panggilan hormat     - Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Amat Bahagia, Yang 
                                         Berbahagia, Yang Berhormat Mulia dan sebagainya
  Kata ganti nama diri - Tuan, Puan
- Dalam suasana tidak rasmi juga diperlukan penggunaan gelar dan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan juga hubungannya dengan orang yang berbicara. Sebagai contoh, orang yang bergelaran tetap perlu disapa dengan gelaran yang dimilikinya.
- Demikian juga kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaan perlu digunakan dengan betul sebagai tanda hormat.

No comments:

Post a Comment