Tuesday, September 23, 2014

Refleksi ( K .K ) - Farah Liyana

Salam sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi ini. Saya Farah Liyana Bt Mohammad Hasnan pelajar PPISMP P1MU amat berbesar hati kerana telah dipilih untuk belajar di Institut Pendidikan Guru Pulau Pinang. Pelbagai perkara yang telah saya pelajari selama saya berada di sini.


Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Zulkafly Bin Mohd Noor kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dan para pelajar guru yang lain untuk lebih memahami pembelajaran kesantunan masyarakat Malaysia kod mata pelajaran GSB 1012. Di samping itu, beliau juga banyak membimbing kami untuk menyiapkan tugasan yang diberikan iaitu cara untuk membina blog dan penulisan esei. 

Sepanjang saya melakukan tugasan - tugasan yang diberikan, tidak dinafikan masalah memang akan sentiasa ada. Antaranya ialah ketepatan untuk mencari maklumat yang benar - benar relevan dan boleh dipercayai. Kebanyakan maklumat yang saya peroleh tidak lengkap dan terpaksa mengambil masa yang lama untuk mencari maklumat. Tetapi alhamdulillah, perbincangan bersama rakan - rakan sedikit sebanyak telah membantu saya untuk menyelesaikan tugasan ini. Penulisan esei ini juga sedikit sebanyak telah membuka mata saya tentang masalah - masalah sosial yang terdapat di Malaysia terutamanya tentang isu pembuangan bayi.

Membina blog adalah sesuatu yang baru bagi saya kerana saya tidak menyukai perkara - perkara yang berkaitan dengan aktiviti sosial secara online dan tidak mempunyai minat untuk membina blog. Rakan saya, Nursahira banyak memberi tunjuk ajar kepada saya cara - cara untuk membina blog dan cara menggunakannya. Saya mendapati agak senang juga untuk mengendalikan blog di samping dapat menghiaskan laman blog kita dengan pelbagai corak dan warna untuk menarik minat pembaca dan juga lagu untuk menghilangkan rasa bosan pembaca. 

Saya berharap agar saya dapat mengamalkan apa yang telah diajar oleh Encik Zulkafly dalam kehidupan seharian saya untuk menjadi seorang guru yang berwibawa dan mempunyai semangat jati yang tinggi.

No comments:

Post a Comment