Wednesday, September 24, 2014

BAB 4 : Peraturan Berbahasa

4.1     Jenis-Jenis Peraturan Bahasa
       
          Menurut Asmah Haji Omar (2002:8), santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturan-peraturan yang tertentu. Contohnya, apabila seseorang penutur mematuhi peraturan tersebut, bermaksud seseorang itu mengamalkan santun bahasa.

Peraturan tersebut terdiri daripada 3 : Peraturan Linguistik
                                                             Peraturan Sosiolinguistik
                                                             Peraturan Pragmatik

i.     Peraturan Linguistik

- Peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa.
- Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan bahasa sesuatu bahasa
  Sebutan
  Intonasi
  Tatabahasa
- Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi. Bagi urusan tidak rasmi, kadang-kadang pengaruh dialek bahasa akan digunakan oleh penutur.
- Peraturan tatabahasa yang betul mesti dipatuhi terutama dalam majlis rasmi. Contohnya penggunaan tanda baca seperti ? , . dalam Komunikasi Bertulis
                                                  Komunikasi Lisan


TANDA BACA

- Intonasi percakapan rendah apabila bercakap dengan ibu bapa/orang yang lebih tua. Intonasi percakapan tinggi tidak dianggap biadap jika berinteraksi dengan sahabat handai yang rapat.   
- Sebutan perkataan hendaklah jelas, tepat dan halus supaya dapat menyampaikan mesej dengan baik serta santun.
- Sebab peraturan linguistik mesti dipatuhi
  Untuk menjaga kesempurnaan perjalanan urusan/majlis 
   Untuk memastikan bahawa semua yang hadir/terlibat dengan urusan/majlis rasmi itu dapat mengurangkan jurang komunikasi disebabkan kelainan dialek/keragaman bahasa yang digunakan oleh sesuatu pihak.

ii.     Peraturan Sosiolinguistik
- Penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara 
  Pembicara - Pendengar ( dalam konteks komunikasi lisan )
  Penulis - Pembaca ( dalam konteks komunikasi tulisan )
- Peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seseorang yang lain. Contohnya, penggunaan kata sapaan yang betul sama ada kata ganti diri atau kata panggilan hormat yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat.
- Dalam urusan/majlis rasmi, perlu dipatuhi penggunaan kata sapaan rasmi yang betul kerana ianya amat penting diberi perhatian sebagai salah satu adab atau unsur kesantunan bahasa.
  Penggunaan gelaran - Tun, Tan Sri, Dato', Dato' Seri dan lain-lain
  Panggilan hormat     - Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Amat Bahagia, Yang 
                                         Berbahagia, Yang Berhormat Mulia dan sebagainya
  Kata ganti nama diri - Tuan, Puan
- Dalam suasana tidak rasmi juga diperlukan penggunaan gelar dan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan juga hubungannya dengan orang yang berbicara. Sebagai contoh, orang yang bergelaran tetap perlu disapa dengan gelaran yang dimilikinya.
- Demikian juga kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaan perlu digunakan dengan betul sebagai tanda hormat.

Refleksi (K.K) - Nursahira

            Alhamdulillah berkat keizinan daripada Illahi saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya. Tugasan Kesantunan Masyarakat Malaysia ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Kesantunan Masyarakat Malaysia, Encik Zulkafly Mohd Noor atas tunjuk ajar beliau yang banyak membantu saya dalam proses menghasilkan tugasan yang diberi. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan.
            Sudah menjadi kebiasaan dan lumrah apabila kita ingin melakukan sesuatu usaha, maka akan datang masalah-masalah yang muncul sepanjang usaha dijalankan. Sepanjang tugasan dihasilkan saya juga tidak terkecuali daripada menghadapi beberapa masalah dan saya telah mendapat jalan penyelesaiannya.
            Antaranya ialah pada mulanya saya sedikit keliru dan juga kurang jelas dengan kursus ini. Hal ini menyebabkan saya semakin banyak membaca untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan Kesantunan Masyarakat Malaysia ini. Alhamdulillah, melalui pembacaan tersebut, saya mula memahami konsep kesantunan ini yang lebih memfokuskan kepada bahasa dan juga masyarakat di Malaysia. 
            Selain daripada itu, saya juga menghadapi masalah untuk menilai ketepatan maklumat yang saya perolehi dari internet tentang isu kesantunan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, saya meminta pertolongan daripada rakan-rakan saya dan kami membuat rujukan bersama-sama dengan teliti dan berkongsi pendapat tentang ketepatan maklumat yang kami perolehi.
            Setelah mendapat tunjuk ajar dan bimbingan yang betul dan dipercayai, saya memulakan proses penulisan. Sepanjang proses penulisan dijalankan, saya menghadapi masalah tugasan yang bertimpa-timpa dari matapelajaran lain. Walaubagaimanapun, saya tetap meneruskan proses tersebut setakat yang saya mampu dan saya membahagikan masa untuk membuat tugasan yang diberi oleh pensyarah-pensyarah.
            Pelbagai perkara yang saya lalui dalam proses menyiapkan tugasan ini baik perkara yang positif mahupun negatif. Walaupun begitu, saya menganggap semua yang berlaku sebagai satu pengajaran untuk saya. Sebagai contoh, setiap kekangan yang saya lalui adalah untuk membantu saya dalam bertindak sekiranya saya menghadapi masalah yang sama pada masa hadapan. Segala cabaran yang saya lalui juga adalah untuk mengajar saya agar tabah dalam menghadapinya di samping mengajar saya agar berbincang dan meminta petunjuk orang yang lebih berpengalaman. Segala kemahiran yang saya perolehi ini diharapkan dapat membantu diri saya apabila telah melangkah kealam perguruan kelak.
            Ini kerana dugaan dan cabaran yang bakal ditempuhi di alam perguruan kelak adalah lebih mencabar. Selain daripada itu, pengalaman tugasan ini juga merupakan satu pendedahan kepada saya mengenai cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Justeru, saya berharap pengalaman-pengalaman ini dapat membantu saya kelak di masa hadapan.



Tuesday, September 23, 2014

Refleksi ( K .K ) - Farah Liyana

Salam sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi ini. Saya Farah Liyana Bt Mohammad Hasnan pelajar PPISMP P1MU amat berbesar hati kerana telah dipilih untuk belajar di Institut Pendidikan Guru Pulau Pinang. Pelbagai perkara yang telah saya pelajari selama saya berada di sini.


Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Zulkafly Bin Mohd Noor kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dan para pelajar guru yang lain untuk lebih memahami pembelajaran kesantunan masyarakat Malaysia kod mata pelajaran GSB 1012. Di samping itu, beliau juga banyak membimbing kami untuk menyiapkan tugasan yang diberikan iaitu cara untuk membina blog dan penulisan esei. 

Sepanjang saya melakukan tugasan - tugasan yang diberikan, tidak dinafikan masalah memang akan sentiasa ada. Antaranya ialah ketepatan untuk mencari maklumat yang benar - benar relevan dan boleh dipercayai. Kebanyakan maklumat yang saya peroleh tidak lengkap dan terpaksa mengambil masa yang lama untuk mencari maklumat. Tetapi alhamdulillah, perbincangan bersama rakan - rakan sedikit sebanyak telah membantu saya untuk menyelesaikan tugasan ini. Penulisan esei ini juga sedikit sebanyak telah membuka mata saya tentang masalah - masalah sosial yang terdapat di Malaysia terutamanya tentang isu pembuangan bayi.

Membina blog adalah sesuatu yang baru bagi saya kerana saya tidak menyukai perkara - perkara yang berkaitan dengan aktiviti sosial secara online dan tidak mempunyai minat untuk membina blog. Rakan saya, Nursahira banyak memberi tunjuk ajar kepada saya cara - cara untuk membina blog dan cara menggunakannya. Saya mendapati agak senang juga untuk mengendalikan blog di samping dapat menghiaskan laman blog kita dengan pelbagai corak dan warna untuk menarik minat pembaca dan juga lagu untuk menghilangkan rasa bosan pembaca. 

Saya berharap agar saya dapat mengamalkan apa yang telah diajar oleh Encik Zulkafly dalam kehidupan seharian saya untuk menjadi seorang guru yang berwibawa dan mempunyai semangat jati yang tinggi.

Monday, September 22, 2014

BAB 3 : Bentuk dan Jenis Kesantunan

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN


  1. KESANTUNAN VERBAL
  2. KESANTUNAN NONVERBAL
  3. KESANTUNAN LISAN
  4. KESANTUNAN PENULISAN

3.1 KESANTUNAN VERBAL

Kesopanan dan kehalusan bahasa semasa berkomunikasi secara lisan. Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain. Semasa kita berkomunikasi, komponen - komponen bahasa seperti fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik digunakan. Fonetik dan fonologi berkaitan dengan penyebutan dan bunyi bahasa yang betul. Sintaksis berkaitan dengan penggunaan ayat yang betul. Semantik berkaitan dengan makna atau ayat yang digunakan.

3.2 KOMUNIKASI NONVERBAL

Komunikasi tanpa kata - kata yang dikenali juga sebagai bahasa badan atau bahasa tubuh. Tujuan komunikasi nonverbal ini adalah untuk menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan. 

3.3 KESANTUNAN LISAN

Juga dikenali sebagai komunikasi verbal ialah merupakan komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang sedang berbual.

3.4 KESANTUNAN PENULISAN

Komunikasi bertulis memerlukan pemerhatian kepada proses komunikasi intrapersonal. Komunikasi bertulis memerlukan penelitian yang mendalam dan serius kerana mesej yang ditulis tidak boleh diubah sesuka hati seperti surat rasmi dan kertas kerja.

BAHAN KULIAH













BAB 2 : Kesantunan Berbahasa

2.1 KONSEP KESANTUNAN

  • Kesantunan menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan. Secara amnya konsep kesantunan sangat luas.

Aspek - aspek kesantunan :-

  • Kesantunan mencerminkan nilai kesopanan yang halus.
Orang yang santun tergambar nilai sopan santun semasa berkomunikasi dengan ahli masyarakat.

  • Kesantunan sangat kontekstual.
Nilai kesantunan berlaku pada tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain. Cth : penggunaan kata ganti "aku" dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan bagi masyarakat Melayu.

  • Kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak.
Misalnya antara anak dan orang tua, antara tuan rumah dan tamu, antara lelaki dan wanita dan sebagainya. Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan - rakan sebaya kerana ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa kasar.

  • Kesantunan tercermin dalam setiap aspek kehidupan.
Misalnya cara berpakaian, cara bekerja, cara bertutur dan cara berpolitik.


2.2 Takrifan Kesantunan oleh Tokoh - Tokoh Dunia

Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari - hari  yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.

Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

Kesantunan terbahagi kepada dua iaitu :
  • Kesantunan asas
  • Kesantunan berkala
KESANTUNAN ASAS

Kesantunan yang sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.

KESANTUNAN BERKALA

Kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain bergantung kepada keadaan, situasi dan tempat tertentu.

2.3 PENJAGAAN MUKA SEBAGAI ASAS KESANTUNAN

Maruah dan harga diri seseorang perlu dijaga dengan berpegang kuat pada konsep malu (penjagaan air muka). Konsep malu dalam masyarakat Melayu adalah bertujuan untuk menjaga maruah dan air muka.

2.4 KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA

Komunikasi Silang Budaya.

Konsep kesantunan tidak tertumpu kepada sesuatu bangsa sahaja. Apabila proses komunikasi melibatjan pelbagai budaya maka berlakulah komunikasi silang budaya. Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai.


Kesantunan Merentas Budaya Dalam Pendidikan

Kerjaya sebagai seorang guru tanpa mengira kaum akan mendidik murid - murid yang mempunyai pelbagai kaum. Guru mestilah mengamalkan nilai - nilai kesantunan yang baik dari segi :-

  • kesantunan berpakaian :- Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang pelajar terutamanya dari segi jantina yang berbeza.
  • kesantunan tingkah laku :- Gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Contohnya berurusan dengan ibu bapa yang datang ke sekolah.
  • kesantunan berkomunikasi :- Guru perlu mengambil kira norma - norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.


BAHAN KULIAH




















Monday, August 25, 2014

BAB 1 : Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

PENGERTIAN BUDI

Pengertian budi sangat luas bergantung kepada konteks pemikiran dalam sesuatu masyarakat. Perkataan budi berasal daripada kata Sanskrit iaitu Buddhi yang bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia. 
Pengertian ini merujuk kepada tingkah laku manusia yang baik, mulia dan memberikan kebaikan kepada orang lain.

   Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), budi ialah akal dan kebijaksanaan atau perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya yang baik. Pengertian ini merangkumi soal hati yang suci bagi memandu akal untuk membuat pertimbangan yang baik. Budi lahir daripada fikiran yang baik akan menzahirkan perbuatan atau daya upaya yang terpuji.

   Menurut islam pula, budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan seseorang yang berakhlak dan beriman. Dalam islam, akhlak mulia sangat dipentingkan dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Berakhlak mulia dipupuksedjak seseorang itu masih kecil sehinggalah dewasa.

    Bagi masyarakat melayu, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain. Budi merupakan satu sifat atau perbuatan yang merujuk kepada perbuatan yang menyenangkan hati orang lain. Maka, secara khususnya budi merupakan satu elemen wajib bagi setiap individu untuk menjadi insan yang sempurna pada mata masyarakat.

    Kesimpulannya, budi merupakan tingkah laku individu yang baik, sopan santun, berakhlak terpuji dan berwatak mulia serta mempunyai akal fikiran yang baik dan bijaksana. Budi yang baik melambangkan sikap manusia yang terpuji dengan perbuatan yang berakhlak serta memberikan kebaikan kepada individu yang lain. Tiada akhlak, tiadalah budi.

PENGERTIAN BAHASA

  Kamus Dewan ( 2002 ), menjelaskan maksud bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan percakapan yan baik, tingkah laku yang baik, dan sopan santun. Setiap bangsa mempunyai sistem lambang bunyi suara yang tersendiri dan berbeza dengan bangsa - bangsa lain. Sistem lambang bunyi ini diterima, dipersetujui, diguna pakai dan menjadi medium komunikas masyarakat tersebut.

   Ferdinand de Saussure ( 1960 ), seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke 20 menyatakan bahasa merupakan satu sistem isyarat yang abstrak yang mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat. Pertuturan merupakan hasil perlakuan bahasa untuk melahirkan perasaan.

  Menurut Noam Chomsky ( 1957 ), bahasa mengandungi satu set ayat yang tidak terhingga dan tidak terbatas yang terbentuk daripada unsur bahasa yang dikenali sebagai fonem . Setiap ayat diwakili oleh beberapa fonem yang digabungkan secara berurutan. Pelahiran perasaan dan fikiran melalui ayat - ayat yang mengandungi  makna yang dapat difahami oleh masyarakat tersebut.

  Menurut Lutfi Abas ( 1985 ), mendefinisikan bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistik. Bahasa ialah suatu sistem simbol - simbol yang terdiri daripada bunyi - bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia dan dengan simbol - simbolnya pula sekelompok manusia itu berkomunikasi.

  Berdasarkan definisi dan pengertian bahasa yang telah diberikan oleh tokoh - tokoh bahasa di atas dapatlah disimpulkan bahawa bahasa mengandungi ciri - ciri berikut :-


  • BERSISTEM DAN SISTEMATIK
  • VOKAL
  • SIMBOL BUNYI
  • ALAT KOMUNIKASI
  • DINAMIS

PENGERTIAN BUDI BAHASA

  Perkataan budi dan bahasa apabila digabungkan akan menjadi kata majmuk budi bahasa. Secara literalnya budi  bermaksud kebaikan yang dilakukan oleh seseorang individu dan bahasa bermaksud sistem lambang bunyi suara yang digunakan dalam perhubungan. Berbudi bahasa juga membawa erti berbudi melalui bahasa atau bahasa sebagai budi. 

CIRI - CIRI BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

MELAYU

  • berpakaian menutup aurat
  • memberi salam apabila bertemu
  • berjabat tangan apabila bertemu dan beroisah
CINA

  • makan menggunakan penyepit
  • ibu bapa menghantar wakil meminang
  • tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat ketika makan.
INDIA
  • duduk ketika makan dan menggunakan tangan
  • bersabar dan tidak permarah
  • tidak bising ketika sembahnyang.

BAHAN KULIAH